Tuesday 22 March 2016

PERKEMBANGAN SBELUM DARURAT

-Sebelum tahun 1937 sambutan orang cina terhadap PKM tidak begitu menggalakkan, namun selepas kekalahan Negara Cina dalam Perang Cina- Jepun, PKM berjaya ,mempengaruhi perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan mereka. Dasar PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan pengaruhnya semakin meluas. Kerjasama dengan British mealui force136 memberi PKM peluang untuk meluaskan sokongan di kalangan orang awam




 -Selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu. PKM dan MPAJA keluar dari hutan dan mengambil alih pemerintahan selama tiga minggu. Dalam tempoh itu, tentera komunis dipanggil bintang tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada penduduk tempatan yang dituduh bersubahat dan bekerjasama dengan Jepu

-Setelah British kembali semula memrintah, kerajaan british mengarahkan supaya MPAJA menyerahkan semua senjata dan membubarkan pasukan gerila yang ditubuhkan  semasa pendudukan Jepun. Walaupun arahan itu dipatuhi, tetapi tidak semua senjata diserahkan kerana sebahagian besar daripadanya dan bekalan makanan masih disembunyikan di hutan. Tindakan MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu langkah simbolik untuk menggambarkan yang PKM berjuang atas landasan perlembagaan.
                    
                           

                                             Parti Komunis Malaya




 -Matlamat komunis di tanah melayu ialah menubuhkan sebuah negara komunis. Ideologi komunis ini mula disebarkan di Tanah Melayu pada 1930an dan semakin berkembang pada tahun 1941 hingga 1945 akibat perasaan anti Jepun. walaupun British bekerjasama dengan MPAJA dan PKM semasa penduukan jepun tetapi selepas tahun 1945 pihak British enggan menerima PKM. Sejak itu bermulalah penentangan PKM terhadap kerajaan British di Tanah Melayu.